LATIHAN 6 (CERPEN HIPERTENSI)
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Paul Broca, pakar anatomi dan pakar antropologi berbangsa Perancis. Kucintai penemuan tahun 1861 itu, fungsi otak manusia bergantung pada bahagian yang membina otak itu sendiri.
Broca memeriksa pesakit gagap melalui pendekatan rawatan khusus dan terapi. Perkara yang lebih penting, layanan mesra berpaksikan pendekatan humanis melalui teknologi dan sahsiah rupa diri. Dia hanya dapat mengucapkan satu suku kata, biarpun dia faham penuh akan pertuturan yang dilafazkan. Akhirnya, dia fasih berbicara.
Keadaan diriku lebih baik, fikir Aiman. Situasi pertuturanku tidak segagap itu. Aku dapat bertutur, biarpun mulutku ternganga lebar dahulu sebelum lahir diksi yang berisi. Babah barangkali tidak tahu akan penemuan Broca. Babah lebih dekat pada kejuruteraan makanikal. Ibu juga saintis, tetapi lebih pada bidang geologi.
Aiman teringat akan bisikan halus yang didengarinya ketika dia dalam keterasingan di planet bulan melalui pentas halusinasinya. Suara ghaib itu mengajaknya agar lebih mendekatkan diri kepada Ilahi. Jangan kaubinasakan habitat semula jadi di planet bumi. Salahnya barangkali, dia menganggap pucuk kelapa muda sebagai kapal Soyuz, yang menghantuinya sekian lama. Aiman tidak perlu latihan yang intensif dan istimewa itu, babah;tidak perlu akan latihan terapi itu, ibu. Aiman akan mengusahakannya sendiri.
(Dipetik daripada cerpen “Hipertensi” dalam antologi
Sejadah Rindu, Sasbadi Sdn. Bhd.)
(i) Mengapakah Aiman merasakan nasibnya lebih baik berbanding dengan Paul Broca? [2 markah]
____________________________________________________________________________________________________________________________
(ii) Pada pendapat anda, apakah kelebihan yang dapat diperoleh Aiman melalui
latihan intensif dan latihan terapi yang dijalaninya? Nyatakan tiga kelebihan tersebut. [3 markah]
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
(iii) Huraikan satu perwatakan Aiman yang terdapat dalam petikan di atas dan
satu perwatakan Aiman yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4 markah]
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
JAWAPAN LATIHAN 6 (CERPEN HIPERTENSI)
(i) Mengapakah Aiman meraskan nasibnya lebih baik berbanding dengan Paul
Broca?
[2 markah]
– Situasi pertuturan Aiman tidak segagap Paul Broca
(ii) Pada pendapat anda, apakah kelebihan yang dapat diperoleh Aiman melalui
latihan intensif dan latihan terapi yang dijalaninya? Nyatakan tiga kelebihan tersebut. [3 markah]
– Mempercepat proses pemulihan rawatan percakapan
– Menambahkan keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan orang lain
– Menggunakan kaedah rawatan dan pemulihan yang betul dan diiktiraf
(iii) Huraikan satu perwatakan Aiman yang terdapat dalam petikan di atas dan
satu perwatakan Aiman yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4 markah]
– Dalam Petikan – seorang yang bersyukur (Aiman bersyukur kerana pertuturannya yang gagap lebih baik berbanding Paul Broca)
– Keseluruhan cerpen – seorang yang bercita-cita tinggi (Aiman ingin menjadi seorang angkasawan)
//////////////////////////////////////////////////////////////////